COGAN KATA SEKOLAH
BERILMU
Perkataan BERILMU dipilih kerana ianya bersesuian dengan tujuan yang akan dicapai kelak. Setiap murid digalakkan untuk menceburkan diri di dalam segala aspek pembelajaran samada dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum. Mereka diberi pendedahan yang secukupnya sebagai asas sebelum melangkah ke tahap yang lebih tinggi lagi.
BERAMAL
Ilmu tanpa amal adalah ibarat pohon yang rendang
tetapi tidak berbuah. Segala ilmu yang diperoleh oleh murid-murid akan dipraktikkan di
dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dijalankan di
sekolah ini. Dengan cara ini dapat melatih serta mengasah bakat yang sedia ada di dalam
diri setiap murid.