Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Terima kasih kerana anda melawat laman web kami dan saya ucapkan selamat datang ke Sekolah Kebangsaan Sejagong. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada warga sekolah ini kerana telah bekerjasama di dalam menghasilkan homepage ini.
Sejak sekolah ini menjalankan pentadbirannya sendiri mulai 1991, telah banyak perubahan serta pencapaian yang begitu membanggakan, samada yang telah dicapai oleh para kakitangan mahupun murid-murid. Salah satu daripadanya ialah penggunaan Internet dan laman web yang baru dihasilkan ini.
Sekiranya anda mempunyai sebarang idea atau cadangan sila hantarkan kepada kami melalui e-mail kami. Semoga dengan cadangan dan idea yang anda berikan dapat digunakan untuk menambahkan lagi kecanggihan laman web kami.
Buah Cempedak Di luar Pagor, Ambil Galah Tolong Gegor, Kami Semua Baru Nak Belajor, Kalau Tak Menarik,Tak Memuaskan Tolonglah Ajor.
Salam hormat dari saya dan sekian terima kasih.
Mairop Bin Amal
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Sejagong
This page was last updated on 18/06/99.