Lencana sekolah ini telah dicipta pada
tahun 1991 oleh
Encik
Muhammad Hyffny Bin Ejom, salah seorang guru lepasan Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim yang
berkhidmat di sekolah ini. PUTIH Melambangkan kesucian dan kebersihan dari
segi rohani dan jasmani semua warga Sekolah Kebangsaan Sejagong. MERAH Semangat keberanian dan kecekalan yang
dimiliki oleh para pendidik dan juga murid-murid. HIJAU Persekitaran sekolah yang penuh dengan
kehijauan pepohon yang membantu menenangkan fikiran seterusnya dapat meningkatkan mutu
pembelajaran. KUNING Melambangkan salah satu hasil pertanian
yang utama, iaitu jagung. OBOR Obor yang berada ditengah-tengah
menandakan kegemilangan yang akan dicapai pada masa-masa akan datang. EMPAT BULATAN Aktiviti kokurikulum yang dijalankan di
sekolah. BUKU Sumber ilmu yang utama. ANGKA 1991 Angka yang tertulis di dalam buku pula
menandakan tahun sekolah ini ditubuhkan dan menjalankan pentadbirannya sendiri. PERKATAAN SKS Singkatan bagi Sekolah Kebangsaan
Sejagong. BERILMU DAN BERAMAL Ditulis di dalam tulisan jawi adalah
merupakan moto sekolah ini. Tulisan jawi pula melambangkan Pendidikan Agama Islam yang
merupakan salah satu daripada matapelajaran teras yang diajar.